Jumaat, Januari 29, 2010

KEPUTUSAN PITCHING

Dah tahu keputusan pitching RTM? Bertalu-talu aku terima panggilan telefon bertanya perkara yang sama. Jawab aku mudah - DAH. Jawapan pendek tapi memancing bicara kawan-kawan sampai berjela-jela. Berapa hantar? Berapa dapat? Syarikat mana? Drama bersiri atau tele? Kenapa aku tak dapat? Mampus, tak ada kerja kat RTM sampai bulan Jun!

Itulah antara persoalan yang datang. Kadangkala tersentuh mendengar rintihan kawan-kawan, hantar berbelas satu pun tak sangkut. Kenapa? Cerita tak bagus? Adakah ketika pitching penjelasan yang diberikan tidak jelas? Bayangkan, sepanjang enam bulan tak dapat cari makan dengan RTM. Inikah nasib penulis skrip?

Susah nak cakap. Pengalaman aku sendiri, kadangkala yang aku pitching berapi-api ataupun penuh emosi, tak sangkut pun. Cerita yang aku anggap biasa pulak boleh dapat.



Syukur... MELANKOLIA, DI PINTU BARZAKH, CINDAI, CERITERA TENTANG LELAKI, SYAWAL TERINDAH dan BUDAK KL berjaya menarik hati panel. Semuanya telemovie.

Teringat masa pitching MELANKOLIA bersama Aida Aris. Panel mencabar aku, sudah tiga hari beliau pitching tetapi tidak ada satu pun cerita yang boleh meremang bulu romanya. Aku pitching MELANKOLIA, penal mengakui "baru satu cerita yang boleh buat saya meremang bulu roma". Justeru aku yakin MELANKOLIA boleh sangkut. Apa istimewanya MELANKOLIA? Halusinasi seorang ibu yang kehilangan anak kesayangan. Aku selami hati ibu yang kehilangan anak sedalam-dalamnya sehinggakan si ibu curiga pada setiap perkara. Naskah ini akan mencabar pelakon, berlakon tanpa dialog. Segalanya dilontarkan melalui emosi tanpa suara.

Memang cerita di luar kotak. Tapi kosnya? Aku pasti Aida Aris akan terkasima. Untuk menghasilkan sebuah karya yang menarik, pasti kosnya tinggi.

Moralnya, penulis skrip Malaysia mampu menghasilkan karya yang bagus tetapi mampukan prodoser menggalas tanggungjawab ini jika awal-awal lagi bercakap tentang bajet?

 RM90 - RM100 ribu untuk harga sebuah tele. Stesen penyiaran perlu membuka minda. Sepuluh tahun dulu pun harga sama!


4 ulasan:

  1. Tahniah Abg Lan. Enam saya hantar,satu pun tidak ada sangkut. Jadi dengan pantas saya sudah hantar ke stesen TV lain. Mungkin rezeki tidak berpihak di RTM. Pasrah!

    *sedang cuba bertatih tubi menyiapkan 1 sinopsis satu hari...Semoga dalam 50 yang dihantar itu ada 5 sangkut,haha...harapan yang tinggi :-)

    BalasPadam
  2. Bravo Che Lan. Teruskan kegemilangan. Sy pun target nak 100K hasil skrip tahun ni. Yeeeihaaa...

    BalasPadam
  3. TAHNIAH! Saya pitching 2, satu pun tak sangkut..hu..hu..

    Memang selalu dengar kawan-kawan kata, cerita luar biasa tak sangkut, cerita biasa pulak sangkut.

    Harap melankolia tak hancur di tangan produser yang kuat control budget (seperti yang selalu berlaku sebelum ni)

    Apa-apa pun, perjumpaan 21 Februari sudah bertukar lokasi ke WISMA BERNAMA, off Jalan Tun Razak.

    Harap war-war kan.

    Lihat dalam :

    http://www.tangisanbulanmadu.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Lucky Club Online Casino site | Lucky Club
    A full guide to Lucky Club Casino and online casino games in Nigeria with tips, bonuses and promotions, luckyclub.live playlists, videos and more. Rating: 1.9 · ‎Review by LuckyClub.live

    BalasPadam