Khamis, Januari 14, 2010

NASIB PENULIS SKRIP

Membaca catatan Maizura Mohd Ederis dan mengenangkan kesungguhan Eizlan Yusof berusaha untuk membela nasib penulis skrip Malaysia, saya terpanggil untuk menyentuh perkara ini setelah sekian lama membisu di dada blog lantaran kehambatan tugas. Memang saya amat sensitif dengan `nasib penulis skrip'. Kenapa? Sepanjang 20 tahun menulis skrip, saya tidak pernah melihat penulis skrip dianggap tenaga penting dalam sesebuah penerbitan. Penulis skrip HANYA akan diperkatakan apabila sesebuah karya (sama ada skrip filem, drama tv, radio, dokumentari atau apa saja skrip) itu dianggap sampah. Maka ada timbullah ulasan, kritikan dan kutukan yang mengatakan skrip TIDAK BAGUS sebab itu hasilnya sampah. Seandainya sesebuah karya itu bagus dan mendapat pujian, nama PENGARAH, PENERBIT dan PELAKON yang melonjak naik tanpa sekelumitpun penghargaan kepada penulis skrip.

Saya bukan pejuang PENULIS SKRIP tetapi pendirian saya tetap mengatakan penulis skrip adalah asas terpenting dalam sesebuah karya. Umpama tiang pada sebuah rumah dan bagai iman dalam kehidupan beragama. Sepanjang 20 tahun, meskipun wujud persatuan penulis skrip, namun nasib itu tidak pernah berubah. Penulis skrip tetap dianggap pecacai! Barangkali keterlaluan. Cuba anda letak bayaran untuk harga sebuah proposal? Apa kata penerbit? Berapa ramai penulis skrip muda dikencing oleh penerbit yang 80 peratus penerbit di Malaysia saya anggap hancing?!

Itu belum lagi kita melihat penulis-penulis muda terutama perempuan yang dipermainkan! Yang harus menggadaikan maruah dan harga diri sekiranya mahu skrip mereka diterbitkan!

Saya bukan menganggap persatuan penulis skrip tidak penting! Pada saya penulis skrip perlu teguh dalam sebuah persatuan sekiranya mahu nasib mereka terbela. Tapi sejujurnya, saya bukan ahli SWAM. Bukan saya tidak menghargai kewujudan SWAM kerana saya adalah salah seorang penulis skrip yang turut hadir untuk menubuhkan persatuan ini ketika perbincangan secara tidak rasmi diadakan di Subang Jaya.

Ramai yang mempelawa saya menyertai SWAM. Saya berminat tetapi saya mempersoalkan apa SWAM boleh lakukan untuk memperjuangkan nasib penulis skrip sekiranya stesen televisyen tidak memberi kerjasama sepenuhnya kepada persatuan? Mereka gagal memberi jawapan pasti kepada saya, lantas saya nekad untuk bergerak sendiri selama 20 tahun.

SWAM tidak boleh membela nasib penulis skrip sekiranya stesen televisyen dan rumah produksi tidak pernah mengiktiraf SWAM. Mahu tidak mahu SWAM perlu diiktirafkan oleh stesen televisyen dan rumah produksi. Tanpa perkara ini, matlamat SWAM akan gagal!

Saya tidak tahu berapa ramai penulis skrip yang terlibat dalam perbincangan tertutup. tetapi kepada Maizura, Eizlan Yusof dan mereka yang teribat, saya terharu dengan semangat kalian. Teruskan usaha ke arah itu dan sebagai penulis skrip, saya akan menyokong kalian. Daftarkan saya sebagai salah seorang yang AKAN HADIR pada 21 Februari nanti, sebagai BUKAN AHLI SWAM.

Sekian.

8 ulasan:

  1. Salam,

    Terima kasih kerana prihatin. Alhamdulillah bila ada orang lama yang menyokong. Selama ini saya ingat isu ini hanya untuk penulis baru dan 'semi-otai' macam saya dan kawan-kawan saya saja. sedangkan penulis otai mungkin tak peduli. Bila ada yang peduli, kita rasa lebih bersemangat.

    InsyaAllah 21 Februari, sama-sama kita doakan menjadi.

    BalasPadam
  2. Salaam..


    selamat berkenalan di blog bang :)

    p/s: facebook abg mcm tak jumpa laaa?

    BalasPadam
  3. Saudari Maizura, saya sebenarnya prihatin dengan nasin penulis skrip. Tapi saya kecewa tidak ada satu pun persatuan penulis skrip yang benar-benar membela nasib ahli.

    BalasPadam
  4. Saudara Ajami, terima kasih kerana menjengah blok ini. Memang saya dah batalkan FB untuk sementara waktu.

    BalasPadam
  5. Salam,
    Saya amat setuju dengan saudara Mazelan dan seandainya diizinkan Allah s.w.t., sememangnya saya akan turut hadir untuk melihat perkembangannya.

    BalasPadam
  6. Saudara Ruslie,
    Sama-samalah kita menyokong usaha murni mereka demi memartabatkan dunia penulisan skrip.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Saudara Mazelan...sejujurnya saya katakan,saya tertarik dengan ketegasan Saudara Mazelan,bukan mencari kesilapan,tetapi membetulkan kesilapan.

    BalasPadam
  8. Find Out How to Login to My Account At Casinos - DrMCD
    Do you 하남 출장안마 have the option to login to your Casinos 구미 출장마사지 Account at Casinos? If you do, then you should know that 원주 출장마사지 you don't need to access 인천광역 출장안마 your browser to 오산 출장샵 access it.

    BalasPadam