Isnin, November 02, 2009

DRAMA BERSIRI NIGINA...

BORAK LOKASI: Nigina papar kesumat dunia perniagaan
Oleh Sakini Mohd Said
sakini@hmetro.com.my


Bagaimanapun apabila pengarah melaungkan 'cut' dan 'action' suasana bertukar sepi. Pelakon dan pekerja belakang tadbir sibuk memainkan peranan masing-masing agar masa penggambaran berjalan mengikut dijadualkan.

Itulah suasana pertama ketika wartawan Harian Metro sampai ke lokasi penggambaran drama bersiri Nigina arahan Haris Kadir.

Ketika itu, Haris sibuk menyiapkan babak di mana Datuk Hambali lakonan Datuk Jalaluddin Hassan meninggal dunia akibat serangan jantung kerana ditipu dalam satu pelaburan yang menyebabkannya rugi besar dalam perniagaan.

Sejurus selesai, Haris menyiapkan pula babak seterusnya untuk dimuatkan dalam episod 25 yang memaparkan Datuk Suffian (lakonan Hafizzuddin) meninggal dunia.

Drama bersiri 25 episod itu mengisahkan percintaan antara Nigina (lakonan Emelda Rosmila ) dan Iskandar (Rosyam Nor) yang diselubungi pelbagai cabaran untuk merealisasikan hubungan mereka.

Pada masa sama, drama ini tidak hanya tertumpu pada kisah percintaan, malah menyentuh fenomena dunia perniagaan yang penuh dengan hasad dengki dan tamak untuk memiliki sesuatu menggunakan jalan kotor.

Mendengar saja sinopsis ceritanya, kedengaran Nigina seperti drama Melayu lain yang disiarkan sebelum ini. Namun, tegas Haris, Nigina mempunyai kelainan tersendiri berbanding drama Melayu sebelum ini yang akan membuat penonton lebih teruja untuk berfikir dan merungkai setiap misteri dalam jalan cerita itu.

"Kekuatan drama ini bukan saja tertumpu pada barisan pelakonnya, malah garapan ceritanya. Setiap babak dan peranan watak dalam Nigina bersangkut paut dari episod pertama hinggalah akhir.

"Malah, ada beberapa elemen kejutan yang kami terap dan tekankan dalam drama bersiri ini agar memberi kelainan berbanding drama Melayu lain.
"Penonton akan sama sekali terkejut dan tidak pernah menyangka perkara itu akan terjadi.

"Selain memberi hiburan, Nigina mengorak minda penonton untuk sentiasa ingin mengetahui kisah selanjutnya dan itulah yang kami tekankan dalam setiap babak agar penonton tidak bosan," katanya.

Menyentuh cabaran dihadapi, Haris berkata, penggambaran yang dimulakan ketika bulan Ramadan sedikit sebanyak menguji kesabarannya sebagai pengarah.

"Kami mulakan penggambaran ketika Ramadan, jadi faham-fahamlah keadaan ketika itu.

"Rasa cepat letih dan sebagainya memberi cabaran kepada kami untuk bekerja lebih kuat bagi mendapat hasil terbaik. Syukur, tiada masalah teruk berlaku kerana masing-masing komited beri kerjasama. Pelakon baru juga tidak ada masalah menjiwai watak," katanya.

Drama bersiri Nigina yang bakal menemui penonton di saluran TV3 menerusi slot Samarinda, Disember ini, mengisahkan hubungan Nigina dan Iskandar terputus akibat rancangan jahat Sofea (Melissa Maureen).
Semuanya bermula apabila Nigina merayu kepada bapanya, Datuk Hambali untuk mengambil Iskandar bekerja di Warisan Sdn Bhd sebagai pengurus projek.

Kehadiran Iskandar di syarikat itu menarik perhatian Sofea, anak Datuk Suffian.

Dalam masa yang sama, Datuk Suffian yang mempunyai 25 peratus saham dalam Warisan ingin menguasai keseluruhan saham Datuk Hambali dengan cara kotor.

Pelbagai rancangan dilakukan termasuk menggunakan Sofia agar mencapai matlamatnya.
Sofia pula berjaya berkahwin dengan Iskandar menggunakan taktik kotor kononnya dia hilang ingatan gara-gara dilanggar kereta yang dipandu Iskandar.
(HARIAN METRO 29/10/2009)

Drama: Nigina
Terbitan: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Penerbit: Rosyam Nor/Runika Mohd Yusof
Penerbit Penyelaras: Norhaizan Onn
Penerbit Eksekutif: Julia Juhasu
Pengarah: Haris Kadir
Penolong Pengarah: Salwa Hassan
Pengurus Penerbitan: Rosli Adam
Penulis Skrip: Mazelan Manan
Propmaster: Hairuddin Abd Manaf
Propman: Faizal Azrin Muttalib
Konti: Tun Nurul Huda
Solekan: Khairul Kamaruddin Mat Noor
Jurukamera: Johardi Hassan
Juruaudio: Mohamad Khairul Anuar Shamsudin
Jurulampu: Mohd Firdaus
Bestboy: Saiful Izwan
Pelakon: Rosyam Nor, Melissa Maureen, Datuk Jalaluddin Hassan, Hafizzuddin, Aida Radzwill, Rosnah Johari, Norlia Ghani, Salina Saibi, Collan Khoo, Hung Shen dan Yus Waizer.
Siaran: TV3 (Slot Samarinda)

3 ulasan:

  1. diharap citer ni bleh beat citer nurkasih

    BalasPadam
  2. Not bad.. I'm waiting and never missed the slot so far..

    BalasPadam
  3. Peminat setia samarinda5 Mac 2010 12:34 PG

    Cerita ni terlalu banyak flashback dan bila flashback lagu nigina akan berkumandang. Ini membuatkan cerita ni menjadi tidak seronok ditonton. Pada asalnya jalan cerita boleh dikatakan menarik, tetapi flashback yang terlalu banyak membuatkan ianya menjadi jemu. Bayangkanlah pada slot terakhirnya, lagu nigina berkumandang sebanyak 3 kali di tambah dengan permulaan dan penamat menjadi 5 kali dalam masa 20 minit siaran. Jalan cerita yang sepatutnya cuma 5 minit saja, lagi 15 minit flashback bersama lagu nigina. 10 minit iklanlah pulak.

    BalasPadam