Khamis, Mac 31, 2011

FAZNITA, KEHENDAK STESEN, PENULIS BARU

Assalamualaikum,
Pertama, syabas pada Faznita kerana berani berterus terang kepada umum tentang skripnya, Ustaz Coklat bukan seratus peratus skripnya walaupun menggunakan namanya sebagai penulis skrip. Dalam erti kata lain, skrip yang ditulis oleh Faznita telah dicincang oleh pengarah. Syabas pengarah kerana mengamalkan sikap SEBAGAI PENGARAH KITA BEBAS BUAT APA SAJA TANPA PERLU BERBINCANG DENGAN PENULIS SKRIP. Untuk makluman, setelah berbelas tahun menulis skrip, skrip saya juga masih dipinda untuk kesesuaian lokasi dan sebagainya. Tapi setiap pengarah yang mengarah skrip saya akan menelefon saya untuk memaklumkan pindaan yang akan dibuat, waima sebaris ayat. Kita akui, penulis skrip bukanlah yang terbaik, tetapi APA SALAHNYA menghormati idea dan karya orang lain? Bukankah itu tanda berbudi bahasa?

Kita perlu ramai lagi orang seperti Faznita! Berani berterus terang. Itu belum lagi kita mendengar skrip kita bersepah-sepah di tepi tanda selepas penggambaran, artis-artis kita menjadikan skrip kita sebagai pengelap kaki sebagaimana majalah yang memaparkan gambar-gambar mereka, produser yang minta kita emailkan semula skrip, mahupun sinopsis! Moralnya di sini, sikap saling menghormati dan menghargai memang tidak ada dalam industri skrip kita.

Faznita melahirkan rasa bimbang selepas ini beliau akan menerima`akibat' dari keberaniannya. Perkara itu tidak timbul. Rezeki di tangan Allah s.w.t dan bukannya di tangan manusia yang cetek akal dan murah harga budi.

KEHENDAK STESEN TV
Ini barah dalam industri. Masih ada stesen tv yang masih bermoral walaupun terpaksa bersaing dalam mencari rating. Walaupun mereka berkehendakkan drama `bodoh-bodoh alang' dan `separuh masak', namun saya akui mereka masih mementingkan moral dan nilai estetika. Yang sedihnya, ada stesen TV yang langsung tidak mengambil sensitiviti bangsa dan agama. Watak-watak `beragama' dipersendakan ikut suka hati mereka. Watak manusia bangang dan bodoh dijadikan objek utama. Watak kanak-kanak mengutuk ustaz dan guru dijadikan sendaan. Inikah matlamat kita!

Kita tidak nafikan bukannya semua mereka yang berimej agama itu baik, tapi perlu dilihat dari satu dimensi lain kerana kita jadikan agama itu sesuatu sendaan untuk kita berhibur? Dan yang paling kecewa, ada penulis dan pengaran yang bukan beragama Islam mengambil latar agama Islam dalam drama mereka.

PENULIS BARU
Sebagai penulis skrip, saya tidak sepatutnya menyentuh perihal hasil penulisan orang lain. Siapa saya? Tapi makin hari makin banyak naskah yang menghina bangsa dan agama saya lihat terpapar di skrin. Saya terpanggil, atas dasar tanggungjawab sosial, sebagai kawan dan sebagai abang... kita jadilah diri kita sebagai penulis skrip yang bermaruah. Zaman orang bercakap dengan tiang pagar, zaman orang ketuk kepala orang untuk menghiburkan, sudah berlalu.

Ustaz-ustaz yang bodoh dan bangang, cikgu yang tiga suku, orang tua yang bertaraf `balaci' tak perlu la dipaparkan. Untuk apa kita buat semua itu? Untuk memenuhi kehendak stesen? Mereka nak kaya! Relakah kita mengkayakan mereka sedangkan kita melacurkan agama dan bangsa kita! Ingat, kita Melayu! Melayu ada had dan batasnya. Jangan biarkan orang guna kita untuk hancurkan bangsa kita dan agama kita! Cuma hayati, banyak drama-drama yang diterbitkan dan diarahkan oleh `orang lain' tentang bangsa dan agama kita, hanya menjurus kepada mempersendakan AGAMA dan BANGSA kita!!

Maaf.

12 ulasan:

  1. Abang Mazelan,

    Terimakasih atas posting ini. Saya ambil posting ini tanda sokongan abang kepada rakan-rakan penulis yang sama-sama mencari rezeki dengan menulis skrip.

    Semangat setiakawan abang kepada rakan penulis seperti saya sangat saya hargai apatah lagi abang juga mungkin dipandang serong kerana berani menyatakan pendapat yang berani sebegini.

    Bak kata abang, rezeki ditangan Allah swt.

    Semoga rezeki abang sekeluarga juga semakin melimpah ruah. Kita teruskan usaha untuk mempertabatkan penulis skrin di Malaysia ok bang.

    BalasPadam
  2. Salam Abang Mazelan,

    Semoga semangat setiakawan antara penulis skrip berterusan. Bantu membantu dan sokong menyokong ini lah yang kita cari selama ini.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  3. Saya juga kagum pada Kak Faz. Moga saya akan terus berani sebegini jika diulit masalah masalah seperti ini pada masa akan datang. Abg Mazelan juga terima kasih kerana sentiasa menyokong dan melindungi 'adik adik penulis' selama ini. Bersatu teguh,bercerai roboh!

    BalasPadam
  4. posting yang amat racist.... kau memang manusia racist... memalukan orang malaysia jer...

    BalasPadam
  5. Apakah salahnya seorang penulis atau pengarah membikin filem atau drama yang berlatarkan agama yang berlainan daripada agama mereka sendiri?

    Orang-orang yang tidak matang seperti awaklah yang membusukkan nama agama awak sendiri. Dan orang-orang seperti awaklah yang melahirkan pengganas. Awak menulis tentang sifat hormat-menghormati, tetapi artikel awak ini sangat bersifat perkauman dan menghina 'orang lain'. Awak seorang hipokrit, Encik Mazelan Manan.

    BalasPadam
  6. Wahai tanpa nama..kamu sesunguhnya orang yang seperti lempar Batu sembunyi tangan.. Siapa kamu Untuk mempertikaikan? Artikel ini bukanlah satu pendpat yang rasict..paham betul2.. (Kalau bkn Islam mnulis tntg Islam dgn baik..memenuhi ttg APA ITU Islam Dan melayu tak mengapa) masalahnya Ada yng mempergunakan Islam utk kptgan merekà tnpa mmkirkan relevan atau tidak..betul atau tidak... Hati2 nila mgunakan imej Islam..faham?

    BalasPadam
  7. Selalunya kejujuran itu pahit utk ditelan. Pada saya, penulis skrip pun perlu kenal pasti atleast selidik latar belakang pelakon sblm propose mereka utk watak ustaz dsbgainya. Ni ada yg pegang watak ustaz, doa buka puasa pun tak tahu. Ini kenyataan.
    Saya setuju dgn pendapat tuan, bg yg tak setuju tanpa identiti tu.. Maafkanlah dia. Hehehee...

    BalasPadam

  8. Thanks for this for this article
    pleas share more articles about this
    my website talking about home improvement you can visite it from this url
    شركة صيانة افران الغاز بمكة
    مهندس افران بمكة

    BalasPadam