Selasa, Februari 23, 2010

PERTEMUAN PENULIS SKRIP...

Assalamualaikum... Sebelum saya catat lebih panjang lagi, terlebih dahulu saya mohon maaf kerana melakukan provokasi di awal acara. Tujuan saya satu, setelah melihat masing-masing MALU dan TAKUT untuk bersuara, mana mungkin kita tahu apa permasalahan yang berlaku walaupun saya tahu masalah yang dihadapi oleh adik-adik, adalah masalah yang telah 20 tahun lalu saya lalui. Dalam erti kata lain, saya sudah LALI dengan masalah yang kalian hadapi.

Sekembalinya dari menghadiri perjumpaan PENULIS SKRIP MALAYSIA pada 21 Feb lalu di Wisma Bernama, saya cuba menggali apa kepentingannya? Apa kebaikkannya? Apa yang mereka dapat dari pertemuan ini? Apakah hanya sekadar basa-basi?

Sebenarnya saya bangga. Kalau dari dulu BERSATU, penerbit tidak akan KENCINGKAN kita. Justeru, pengajaran pertama yang kita dapati - BERSATU.

Ramai yang tidak tahu HAK sebagai penulis skrip. Terlaku TAKUT dan IKUT kehendak pengarah dan penerbit sedangkan kita akan HAK untuk mempertahankan skrip kita. Kita ada HAK mempertahankan HARGA skrip kita.

Berapa ramai yang mampu berfikir apabila Sdr Mansor memprovokasi kita bahawa harga skrip terpulang pada penulis skrip, berapa penulis skrip hendak letak harga dan juga sama ada penulis skrip hendak bagi percuma skrip mereka kepada sesiapa pun.

Maksud beliau, skrip dibeli dengan harga 2500, memang nilainya 2500. Jadi untuk apa kita persoalkan jika skrip itu ditulis dalam masa satu hari. Memang patut dibayar 2500. Tapi kita, apakah tergolong dalam golongan itu. Saya menegur Sdr Mansor, kenapa bercakap seperti itu, adik-adik tidak akan faham.

Ramai yang bertanya tentang harga skrip. Bergantung pada anda. Tapi pada saya, sebuah telemovie harganya 4000 - 5000, bersiri 1 jam, 1500 ke 2000 dan bersiri setengah jam 800 ke 1000. Pengalaman saya mungkin berbeza, sebuah tele 7000, bersiri satu jam 2500 dan bersiri setengah jam 1000 ke 1200. Mungkin perlu usaha untuk sampai ke tahap itu. Tapi ikhlas, saya juga pernah `mengambil' harga sebuah tele 3000 apabila saya mahu pengarah ikut skrip saya sepenuhnya dan penuhi permintaan saya untuk dapatkan pelakon yang saya inginkan. Kos pembinanan meningkat, saya kurangkan harga skrip janji saya puas hati dan akhirnya tele KAKI yang disiarkan oleh RTM dan dilakonkan oleh Rosyam Nor, Fauziah Nawi, Elly Suriati dan suaminya mendapat markah tertinggi di RTM - 98%. Saya puas hati.

Tentang cable di stesen TV. Sejujurnya saya tidak ada. Saya juga dihentam oleh panel tetapi setiap apa yang dipertikaikan, saya pertahankan dan akhirnya mereka TAHU yang saya TAHU apa yang saya nak utarakan kepada penonton. Kesimpulan, kadang kala panel sengaja hendak menguji kita dengan pelbagai soalan. Apabila kita gagal menjawabnya, bagi panel kita TIDAK TAHU apa yang kita hendak buat.

Kepada adik-adik, saya bukanlah pandai dan terbaik dari yang terbaik, kerana ramai lagi yang terbaik, tetapi mungkin saya mendapat ruang dan peluang. Justeru, saya membuka ruang seluas-luasnya jika ada di antara adik-adik yang menyokong PENULIS SKRIP MALAYSIA untuk berkongsi pengalaman dengan saya. Wassalam.

5 ulasan:

  1. Assalammualaikum abg. Lan, saya harap abg. Lan tak kisah.. Sy bukanlah seorang penulis skrip tapi saya suka menulis. Dan saya juga cuba menghasilkan beberapa karya skrip sy sendiri, sebagai hobi. Tak tahulah... kot-kot satu hari nanti ianya dapat membantu menjadi pendapatan sampingan sy. Sy.. harap saya dapat berkongsi minat atau apa-apa jua info tentang penulisan skrip. Saya budak baru belajar... Sy harap sy diberi ruang dan peluang untuk turut serta dengan penulis2 skrip yang lain di Malaysia ni. Wassalam...

    BalasPadam
  2. Waalaikummusalam Murni... Insya-Allah saya akan bantu setakat terdaya. apa yang penting adalah kesungguhan.

    BalasPadam
  3. Salam Lan,
    Penulis skrip, jika bersatu harganya mungkin bertambah mutu.

    (p/s: Selalunya jika promosi sesebuah drama di akhbar, nama penulis tak pernah tercatat. yg digembar gembur hanya artis & pengarah. Sedangkan yg menulis artikel itu juga seorang penulis. Kenapa ek?)

    BalasPadam
  4. Waalaikummusalam abang Mie... kerana penulis tidak tahu menghargai anugerah yang Tuhan bagi pada dia... sedangkan dia akan marah kalay by line dia tidak tercatat pada artikel yang dia tulis.

    BalasPadam
  5. salam abg lan. boleh saya dapat kan add email abg? byk sy nak tny ttg skrip. hrp abg lan sudi membantu sy.

    BalasPadam