Jumaat, Oktober 01, 2010

ASAS PENULISAN SKRIP 1 (PROPOSAL)

Assalamulaikum,
Bismillahirrahmanirrahim... Seperti yang saya janjikan, saya mulakan asas penulisan skrip kali ini dengan penyediaan PROPOSAL. Perlu juga saya nyatakan, asas penulisan yang saya cuba kupaskan nanti adalah berdasar pada pasaran industri skrip hari ini. Lazimnya, stesen TV akan menghubungi mana-mana penerbit dan memberitahu kepada mereka apa rancangan yang diperlukan. Sebagai contoh, telemovie, drama rantaian untuk Slot Samarinda, Akasia, Lagenda dan sebagainya. Penerbit akan menghubungi penulis dan akan meminta penulis menyediakan proposal. Setahu saya, tidak ada stesen TV yang meminta skrip yang sudah siap.

Bagaimanapun perlu dinyatakan, jika penerbit berkenaan berhasrat untuk menghasilkan finish product yakni sebuah rancangan yang telah siap menjalani penggambaran, kemudian barulah dijual ke stesen TV, penerbit akan meminta penulis skrip menyiapkan terus sesebuah skrip.  Penerbit bersama panel syarikatnya yang akan menilai skrip tersebut sama ada layak diterbitkan oleh tidak.

Kesimpulannya, stesen TV tidak memerlukan skrip yang telah siap untuk dihantar ke pihak mereka. Mereka cuma memerlukan proposal (kertas cadangan). Atas dasar ini, saya menganggap dalam industri skrip hari ini, perkara asas dalam penulisan skrip adalah PROPOSAL. Bermakna hari ini, kita menjual proposal, bukannya menjual skrip. Waima untuk menulis skrip filem sekali pun, kita perlu menyediakan proposal terlebih dahulu, bukannya skrip.

Ramai yang bertanya kepada saya, bagaimana hendak menghasilkan kertas cadangan? Terutama dari segi formatnya? Kenapa proposal saya tidak diterima walhal saya rasa ceritanya menarik? Panel penilai rancangan di stesen TV berdepan dengan puluhan sinopsis untuk dinilai. Justeru, kekemasan, kejituan dan kejelasan proposal amat perlu untuk menarik perhatian panel. Sesuatu yang menarik pasti akan menarik perhatian. Maksud menarik di sini adalah segala-galanya menarik. Kekemasan kita menaip, format yang standard, bahasa yang bukan sahaja indah tetapi tepat dan padat.

Tidak ada guna idea yang menarik sekiranya kita gagal menarik perhatian panel, sementelahan lagi kita gagal menyampai maksud dengan bahasa yang tepat dan padat. Ingat, proposal jangan meleret-leret kerana panel penilai tidak mempunyai banyak masa untuk menilai proposal yang berlambak di meja mereka.

BAGAIMANA MENGHASILKAN PROPOSAL?
Pelbagai cara dan bentuk proposal dihasilkan, bergantung pada citarasa dan kreativiti penulis itu sendiri. Kita tidak boleh mengatakan proposal kita yang terbaik kerana terbaik itu terlalu subjektif. Bagaimanapun apa yang boleh dikatakan, sesebuah propposal itu mestilah lengkap, menarik dan mudah difahami.

Proposal mestilah mempunyai beberapa dan ciri.
01. STESEN
 Nyatakan stesen mana hendak dihantar proposal tersebut. Samada TV1, TV2, TV3, TV9 ataupun  ASTRO PRIMA dan sebagainya.

02. KATEGORI
Samada Telemovie, Drama Bersiri, Drama Rantaian, Sitcom, Dokudrama, Dokumentari dsb.

03. SLOT
Samarinda, Akasia, Lagenda, Cerekarama, Citra, Nurani dsb. Ataupun satu idea baru untuk slot baru.

04. TAJUK
Jelaskan Judulnya dan maksud judul tersebut. Tajuk juga hendaklah menarik.

05. DURASI
Sama ada 1 episod x 90 minit, 24 episod x 1 jam, 25 episod x 30 minit dsb.

06. GENRE
Samada Semi Komedi, Drama Berat, Drama Ringan, Komedi Romantik, Sejarah, dsb.

07. SASARAN
Sama ada Umum, Remaja, Kanak-Kanak dsb.

08. PENULIS SKRIP
Jika perlu nyatakan yang pernah dimenangi.

09. PENGARAH
Nyatakan cadangan Pengarah. Lazimnya setelah berbincang dengan penerbit.

10. SINOPSIS
Sinopsis kelazimannya satu hingga dua para sahaja, tetapi mestilah tepat dan padat.

11. PERWATAKAN
Nyatakan watak utama dan watak pembantu. Kelazimannya lima orang untuk telemovie dan tujuh hingga lapan orang untuk drama rantaian/ bersiri.

12. SINOPSIS KESELURUHAN
Menyatakan keseluruhan cerita tersebut dari awal hingga akhir. Kelazimannya di antara enam muka surat hingga 10 muka surat.

13. SINOPSIS EPISOD
Tulis sinopsis setiap episod jika drama tersebut adalah drama rantaian/ bersiri.

14. KESIMPULAN
Nyatakan kenapa kita merasakan naskah ini diwajar diterbit ataupun apa yang menarik tentang cerita
tersebut.


CONTOH FORMAT PROPOSAL
YANG SAYA SELALU GUNAKAN


Sekian, terima kasih. Jumpa di lain catatan.

12 ulasan:

  1. terima kasih :)

    BalasPadam
  2. terima kasih snagat menarik....

    BalasPadam
  3. Terima kasih berkongsi ilmu, semoga Allah SWT merahmati Tuan Mazelan Manan.

    BalasPadam
  4. salam tuan Mazelan, saya mahu bertanya, adakah format diatas boleh diguna pakai untuk proposal filem? kalau boleh, pada kolum stesen itu, apa yang patut di isi? terimakasih kerana meluang masa membaca komen saya yang tidak seberapa. :)

    BalasPadam
  5. salam bang boleh bagi contoh proposal dokomentari .

    BalasPadam
  6. leh dapat tak contoh proposal program bualbicara. emel i or contact kat FB syafwans@hotmail.com

    BalasPadam
  7. bang mazlan..nnati tlong emelkan contoh proposal drama.....saya nak tgk sebab takut saya punya cara salah.....

    BalasPadam
  8. Salam, Tuan Mazlan..saya nak tanya, selepas proposal diterima, berapa lama masa yang diberikan untuk kita siapkan skrip ?

    BalasPadam
  9. Murah hati, moga murah rezeki.. :)

    BalasPadam