Rabu, Mac 23, 2011

SURAT IZIN TERBIT

Ramai yang bertanya kepada saya tentang surat izin terbit. Saya akan draf contoh surat tersebut. Apa pun, saya nasihatkan penulis skrip berdaftar dengan SWAM dan daftarkan juga sinopsis atau skrip kita dengan SWAM. Bila berlaku produser kencing, SWAM boleh membantu kita.

Nama penulis skrip
Alamat.
no. telefon.

Kepada:
Nama syarikat penerbitan.
alamat.

Tuan,

SURAT IZIN TERBIT UNTUK DRAMA........ (tajuk dan kategori drama. contoh, TELEMOVIE ALFATIHAH ataupun drama bersiri NIGINA (26 episod x 60 minit).

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Adalah saya, .......................... k/p:.................... penulis skrip drama.....................
dengan ini membenarkan pihak tuan untuk menerbitkan drama saya untuk siaran .......... (stesen tv mana).

Untuk makluman, skrip ini adalah hasil karya asli saya dan sekiranya berlaku sebarang perkara berbangkit mengenai penerbitan drama ini, saya akan bertanggungjawab sepenuhnya.

sekian, terima kasih.

5 ulasan:

  1. Abang, minta izin paste di fb GBPSM, boleh?

    BalasPadam
  2. contoh yang berguna untuk penulis yang baru bertatih..... terima kasih abang mazelan

    BalasPadam
  3. assalamualaikum. Mohon izin untuk jadikan surat ini sebagai panduan saya bagi menyiapkan surat izin terbit pantun kanak2 saya dengan DBP. Terima kasih

    BalasPadam
  4. Salam tuan, terima kasih atas perkongsian ini. Saya rujuk format ini. Terima kasih daripada saya.

    BalasPadam