Khamis, Mac 25, 2010

CATATAN BUAT SANG PRODUSER

Sang Produser... gelaran yang hebat dan gah dalam dunia seni hiburan tanah air.

Sejujurnya, aku kurang mengenalis penulis-penulis skrip muda. Sejak 30 tahun lalu, dunia aku hanya menulis. Bermula di usia 15 tahun, apabila sajak dan cerpen aku berjaya memenangi tempat pertama dalam satu pertandingan, aku terus menulis dan menulis sehinggalah berjaya menjadi seorang wartawan dan akhirnya mengambil keputusan untuk menjadi penulis skrip sepenuh masa sejak 15 tahun lalu.

Apabila menjadi penulis skrip sepenuh masa, aku mula mengenali dan mendekatkan diri dengan penulis-penulis muda walaupun ada di antaranya segan dan takut untuk menegur aku kerana sikap aku yang tegas dan muka aku yang garang. Tapi kata orang, walaupun mukaku macam neraka, tapi hatiku syurga. Iya ker?

Mendekati adik-adik penulis yang bercita-cita menjadikan penulisan skrip drama tv sebagai pencarian, terlalu banyak keluh dan duka yang berjaya kuselami. Semuanya berpunca dari Sang Produser! Masalahnya hampir sama, Sang Produser membayar skrip mereka dengan harga yang murah atas alasan mereka penulis baru.

Dalam bahasa aku, SANG PROSUDER TIDAK RETI NAK HARGAI TITIK PELUH ORANG.

Betul, tidak semua Sang Produser seperti itu. Tapi sepanjang pembabitan aku dalam penulisan skrip drama, hanya 5 peratus sahaja yang benar-benar layak digelar Sang Produser. 95 persen lagi hanyalah PECACAI yang merosakkan seni dan hiburan tanah air.

Memangnya ramai produser yang tidak sedar diri, angkuh dan sombong. Ayat-ayat "kalau saya tak terbitkan skrip awak, siapa yang nak terbitkan?". Aduhhh... mereka lupa, dalam Malaysia ada 600 rumah produksi tetapi cuma ada 60 orang penulis skrip. Mereka lupa, dengan lima muka kertas konsep yang dihasilkan oleh penulis skrip mereka dapat projek bernilai RM80 ribu hingga RM110 ribu. Mereka lupa  dengan 20 helai kertas konsep untuk drama bersiri mereka dapat projek bernilai RM700 ribu hingga RM1 juta.

Mereka lupa, yang mereka sebenarnya tidak ada apa-apa tanpa penulis skrip. Ramai produser yang tunjuk lagak, buat kertas konsep sendiri, pergi pitching dengan stesen TV tetapi akhirnya tergagap-gagap bercakap kerana mereka tidak tahu apa yang mereka hendak buat. Dan akhirnya menyembah cari penulis skrip untuk pergi pitching atau pun hasilkan skrip. Bila skrip siap, hidung mula mencanak ke langit.

Persoalannya, kenapa Sang Produser terlalu payah untuk membayar duit skrip? Kenapa tidak reti bahasa untuk menghormati penulis skrip?

Kepada adik-adik, Sang Produser seperti ini jangan dilayan. Biarlah dia dengan labunya. Percayalah, masih ramai yang tahu menghargai penulis skrip.

3 ulasan:

  1. Terkesima membaca catatan Abang Lan. Moga mereka tahu di mana letak duduknya posisi masing masing dan tahu menghormati yang bernama PENULIS SKRIP!

    BalasPadam
  2. agaknya sang produser yg tak berjiwa. jiwanya bukan kefahaman dan rasa, tp jiwanya wang dan hipokrik semata2.

    BalasPadam
  3. Salam,

    Tks krn terus menulis tentang nasib penulis skrip. Setuju 100% dengan tulisan di atas!

    Sila ikuti entri terbaru saya :

    http://www.tangisanbulanmadu.blogspot.com

    BalasPadam