Terbaru, aku terbaca catatan MF Kencana tentang skrip yang ditulis dan diolah dari sinopsis serta idea orang lain. Dek kerana sinopsis dan idea asal kurang bernas, barangkali, beliau menggarap idea baru dan menulis skrip untuk sebuah rumah produksi. Bagaimanapun akhirnya, skrip yang ditulis beliau tidak diletakkan nama penulis. Dalam erti kata lain - SKRIP TIDAK BERNAMA.
Bukan sekadar beliau, saya pun kadangkala diminta untuk memantapkan lagi sesebuah sinopsis yang idea asalnya daripada penulis lain. Perkara seperti itu adalah lumrah, bagaimanapun sesuatu yang pelik apabila nama penulis skrip tidak disiarkan. Memang betul idea adalah milik penulis asal tetapi skrip tetap milik orang yang menulisnya. Terlalu sukarkah untuk meletakkan IDEA ASAL: sianu bin sianu dan PENULIS SKRIP: sianu bin sianu?
Insiden ini melambangkan betapa tidak peka dan tidak hormatnya rumah produksi terhadap penulis skrip sedangkan ketika meminta bantuan kita untuk memperbetulkan dan mengemaskan sinopsis asal, mereka sanggup merayu dan menelefon hingga dua tiga belas kali dalam satu hari. Apabila kehendak mereka terlaksana, mereka menjadi kurang ajar terhadap penulis skrip yang membantunya untuk mendapatkan projek dan sekaligus mendapat fulus!
Sepatutnya produser seperti ini harus diwar-warkan untuk dijadikan ingatan kepada penulis skrip lain supaya tidak bekerjasama dengan produser seperti itu.
hoh? sape bah? meh nak siar kat FACEBOOK....hehee
BalasPadamSinopsis Dendam Purnama:
BalasPadamMengisahkan seorang gadis kampung yang jelita bernama Purnama yang dirogol secara bergilir-gilir oleh 5 pemuda dari Kampung Buluh Cindai iaitu Azam, Rahim, Mamat, Zahid dan Karim. Purnama yang trauma dengan kejadian tersebut menjadi gila, bulan berganti bulan, kejadian yang menghantui Purnama terbongkar juga oleh Mak Kasturi apabila perut Purnama mula membesar akibat mengandung. Ketika melahirkan anak lelakinya, Purnama meninggal dan sempat berpesan kepada ibunya supaya menjaga anaknya dengan baik.
Setelah 20 tahun Purnama meninggal, Kampung Buluh Cindai digemparkan dengan kehadiran seorang wanita mengandung yang menunggu di atas pagar rumah Purnama. Wanita tersebut adalah roh Purnama yang kembali untuk membalas dendam terhadap 5 pemuda yang pernah memperkosanya.
Zain, anak lelaki Purnama membantu Purnama mencari pemuda2 tersebut dan berjaya menjejakinya. Kerana dendam, Purnama merasuki Zain dan membunuh kelima-lima pemuda tersebut dengan cara yang teramat kejam. Azam ditikam secara bertubi-tubi, Rahim dibuang ke dalam perigi buta, Zahid dijerut, Mamat dan Karim dilemaskan dalam sungai.
Roh Purnama kembali tenang dan selalu menjenguk anaknya, Zain apabila bulan penuh.
P/s: Ini sinopsis yg saya buat, harap boleh olah dengan baik lagi ye... Boleh buat drama seram terbaru...